BICARA UNDANG-UNDANG SAKAG BHG. 2



Fasal 3. Lencana / Logo Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah (SAKAG).

1. Lencana Persatuan berbentuk empat (4) segi berwarna kuning dengan gambarajah berwarna biru, putih dan hijau seperti dua siku tangan manusia yang bergandingan. Di tengah-tengah lencana dituliskan nama ringkas persatuan.

2. Pergandingan siku tangan manusia menggambarkan hubungan silaturrahim dalam keluarga karanaan liwan sudah terjalin dan dieratkan melalui persatuan ini.

3. Maksud warna

HIJAU - Menunjukkan keluarga karanaan liwan masih mentah dalam pertanian dan perindustrian/perdagangan;

PUTIH - Menunjukkan keluarga karanaan liwan mempunyai hati yang bersih dan ikhlas;

BIRU  - Menunjukkan keluarga karanaan liwan mempunyai  keluarga yang aman damai dan bebas serta mempunyai hati yang terbuka;

KUNING - Menunjukkan keluarga karanaan liwan kaya dengan seni budaya.


Sumber: Undang-Undang Bagi PERSATUAN SAKAG




BICARA UNDANG-UNDANG SAKAG BHG. 1

Tujuan Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah (SAKAG) ditubuhkan adalah;-



1. Menggalak dan memupuk tali persaudaraan dan persefahaman antara keluarga karanaan liwan;

2. Menggalak ahli untuk mengambil langkah yang lebih berkesan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal kekeluargaannya;

3. Menggalak ahli supaya cergas berusaha, berdikari, bertanggungjawab dan yakin diri;

4. Menjalin hubungan yang harmoni dengan lain-lain pertubuhan yang mempunyai objektif yang sama;

5. Persatuan ini boleh mendapatkan harta benda atau menjual sebahagian daripadanya dan melaburkan wang lebihannya yang diluluskan oleh Jawatankuasa bagi mencapai tujuan persatuan; dan

6. Semua wang dan keuntungan yang terkumpul hasil dari penyertaan persatuan ini dalam sebarang perniagaan akan hanya digunakan untuk kemajuan perkembangan dan pelaksanaan tujuan-tujuan murni persatuan dan tidak boleh bayar secara dividen, bonus atau keuntungan kepada seseorang ahli persatuan.

HARI KELUARGA SAKAG PADA 4 JUN 2011 DI KAMPUNG LANGSAT, PAPAR

| 0 komen




Hari Keluarga Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah atau Koisaan Sinakagon Karanaan Liwan Sabah (SAKAG) akan diadakan pada 4 Jun 2011, bermula jam 8.00 pagi dan bertempat di Kampung Langsat Papar.

Demikian dinyatakan oleh Tuan Haji Masmin Kadad selaku Yang di-Pertua SAKAG pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa SAKAG kelmarin di Bilik Mesyuarat Puncak Damai, Keningau.

Menurut beliau, majlis berkenaan akan dijenamakan dengan TADAU MOGINAKAN KELUARGA LIWAN SABAH sebagai mengimbau tujuan sebenar majlis tersebut diadakan.

Pada majlis itu kelak, pelbagai acara akan di adakan antaranya majlis berkenalan sesama keluarga, Penyampaian hadiah kepada anak-anak SAKAG yang cemerlang PMR, SPM dan STPM.

Selain itu, acara RUNDUK SAKAG (Ratu SAKAG) akan di adakan dengan hadiah yang cukup lumayan.

Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah  Encik Emus @ Raymond Gintod (Naib Yang di-Pertua), Encik Stanley Chong (Naib Yang di-Pertua), Encik Basil Kaalangang (Setiausaha Agung), Encik Muhasim Dingki (Ketua SAKAG Daerah Keningau) dan semua AJK yang dilantik.

Admin

AKTIVITI MENDERMA DARAH SEMASA MAJLIS HARI KELUARGA SAKAG TAHUN 2010 DI KG.JAYA BARU, KENINGAU

| 0 komen



Gambar Ihsan: Sdr Basil Kalangang