HARI KELUARGA PERSATUAN KELUARGA KARANAAN LIWAN SABAH (SAKAG)

|


Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah atau Koisaan Sinakagon Karanaan Liwan Sabah (SAKAG) akan menganjurkan Hari Keluarga atau Tadau Moginakan yang akan di adakan pada ketetapan 04 Jun 2011 (Sabtu), bermula jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang bertempat Balai Raya Kampung Langsat, Papar.

Demikian dinyatakan oleh Tuan Haji Masmin Kadad selaku Presiden SAKAG Liwan.

Menurut beliau, kehadiran dijangka seramai 1000 orang ini akan diserikan dengan pelbagai acara menarik antaranya sukaneka, cabutan tiket bertuah, jualan amal dan penyampaian hadiah kepada anak-anak ahli persatuan yang cemerlang dalam pelajaran UPSR, PMR, SPM serta STPM dan lain-lain acara.

Menurut beliau lagi,  asal usul keluarga SAKAG ini adalah berasal dari kg Kapa Tambunan. Terletak lebih kurang 25 KM dari pekan Tambunan dan 20 km dari Pekan Ranau, berjiran dengan Kg Bambangan Tambunan.

Kampung ini juga terletak di Ulu ( Tudan/Guas ) Sungai Molout. Sungai Molout ini akan mengalir dan akan bercantum dengan sungai Liwogu di sebelah Ranau sehingga ke daerah Telupid an seterusnya ke laut sebelah Sandakan.

Kini, Persatuan Keluarga SAKAG yang telah  ditubuhkan kira-kira 14 tahun yang lalu dengan Tuan Haji Hashim Dagas sebagai Presiden yang pertama dan Encik Henry Rusdi Majunal sebagai Persiden kedua telah menyaksikan kebanyakan ahli keluarga SAKAG bertebaran hampir di seluruh Sabah terutamanya di Ranau, Tambunan, Keningau, Sook dan Tenom.

Keluarga SAKAG mempunyai 18 rumpun dan setiap rumpun mempunyai ahli keluarga seramai 1,500 ahli. Ahli keluarga SAKAG dianggotai oleh keluarga yang beragama Islam dan Kristian.

Dalam kepelbagaian bangsa dan agama, keluarga SAKAG mencipta sejarah dengan menjadikan SAKAG sebagai salah satu perhimpunan keluarga yang teramai di Sabah.
Pada pertemuan tahun lepas, kira-kira 5,000 ahli keluarga SAKAG telah berhimpun di Dewan Kg Jaya Baru di Daerah Keningau.

Sehubungan dengan itu ahli persatuan keluarga SAKAG ini yang terdapat di Daerah Tambunan, Keningau, Tenom, Papar dan seluruh Sabah adalah dialu-alukan hadir bagi memeriahkan lagi hari keluarga ini, jelas Tuan Haji Masmin Kadad.

0 komen: